Tuesday 12 August 2014

KERTAS KERJA PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Yang terkandung dalamnya AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA 2014



 







KERTAS KERJA

PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 
Yang terkandung dalamnya
AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA
2014


TEMA:
Sekolah bersih, kecemerlangan terlaksana

20 April 2014


Kerjasama Unit Kebersihan  dan PIBG


1.0  PENGENALAN
Kebersihan dan keceriaan merupakan aspek terpenting dalam pembinaan kesihatan mental yang fizikal yang sihat ke arah  membentuk individu yang cemerlang dan berkarisma dalam kehidupan seharian.Surat pekeliling ikhtisas bil 14/1989 menyatakan pada setiap masa keadaan fizikal sekolah hendaklah sentiasa bersih, indah, nyaman, teratur dan memberansangkan. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bagi tujuan untuk mempastikan bahawa kebersihan, keceriaan dan penyelenggaraan sekolah adalah dititikberatkan.
Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Kebersihan dengan  kerjasama   AJK PIBG beserta pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan Program Kebersihan dan Keceriaan sekolah 2014 di mana akan dijalankan aktiviti gotong royong perdana 2014. Gabungan antara ibubapa, guru dan murid bertujuan agar memupuk semangat kerjasama agar ibubapa dan murid berusaha untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk pembelajaran murid-murid di sekolah ini.

2.0  OBJEKTIF

1)    Menerapkan nilai-nilai murni seperti mencintai kebersihan, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat sayang dan cintakan sekolah.
2)    Memupuk semangat kerjasama antara ibubapa dan guru semasa berganding bahu dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang untuk kesejahteraan murid-murid belajar di sekolah .
3) Menyediakan diri untuk pertandingan tandas terbersih peringkat daerah.

3.0  TEMPAT DAN TARIKH

Tempat         : SK
Tarikh           : 20 April 2014



4.0  SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah di kalangan ibubapa, guru dan murid.

5.0  JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai 700 orang (anggaran).

6.0  PENGISIAN PROGRAM

Program yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan kebersihan(20 April 2014) memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebersihan dan keceriaan sekolah bersesuaian dengan objektif aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
1)    Gotong-royong perdana
2)    Kempen hijaukan sekolah
3)    Aktiviti mengecat dan mencantikkan tandas sekolah.


7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENASIHAT 1                                   :EN. KAMARUDDIN BIN OTHMAN(GURU BESAR)
PENASIHAT 2                                  :DATO MD RODZI BIN ALI
PENGERUSI                                     : PN SANTI A/P PANALIAPPAN
PENGARAH PROGRAM                 : NORZURAINA BT MOHD NOR
PEN PENGARAH                             : NOR FATHIYAH FAUZI
SETIAUSAHA                                   : SUHANA ISMAIL
AJK KECIL                                       : GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
AJK PELAKSANA                            : SEMUA GURU
                                                            : AJK PIBG



8.0 TENTATIF AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA 2014

HARI              : AHAD
TARIKH          : 20.04.2014.
TEMPAT        : SKPBP(1)
MASA             : 8.00 AM – 12.00 PM

7.55 am           : Semua berkumpul di Dataran Nila Kandi
8.00 am           : Taklimat dan pengagihan tugas.
-Tindakan        : GB dan YDP PIBG
8.30 am          :Sarapan pagi
-Tindakan        : Ajk makanan.
8.45 am           : Aktiviti dimulakan.
11.00 am        : Kudapan
-Tindakan        :Ajk makanan dan Kelab Guru
12.00  am        : Aktiviti bersurai.



9.0       AKTIVITI  DAN TINDAKAN

9.1       AKTIVITI       : KEMPEN HIJAUKAN SEKOLAH KITA

TARIKH         : 14 April - 03 May 2014

OBJEKTIF     : Dapat memupuk kesedaran menyayangi alam sekitar kepada murid di samping dapat menceriakan kelas masing-masing.

PELAKSANAAN      :
1.      Setiap murid/ibubapa di wajibkan membawa sepasu pokok bunga untuk membina Taman Hijau di sekolah.
2.      Pelaksanaan melibatkan kerjasama ibubapa, murid dan guru kelas.
3.      Cadangan jenis bunga ialah bunga yang mempunyai ketahanan hayat yang tinggi seperti bunga kertas, lidah buaya atau lidah jin.

9.2       AKTIVITI       : MENGECAT TANDAS SEKOLAH

OBJEKTIF                 :
1.      Menyediakan kemudahan tandas yang lebih bersih dan ceria bagi memupuk motivasi berkaitan kebersihan ke dalam diri murid-murid dan guru.
2.      Menyertai pertandingan tandas terbersih peringkat daerah.

PELAKSANAAN      :
1.      Tandas akan dicat dan kemudahan di dalam tandas tersebut akan dibaiki oleh kontraktor yang dilantik.
2.      Ibubapa dan guru akan menghiaskan dan membersihkan tandas.
3.      Cadangan kecerian:
: Memasang langsir atau bidai di dalam tandas.
: Melekatkan kata-kata positif dan motivasi.
: Menghias menggunakan aksesori yang sesuai.



9.3       AKTIVITI       : GOTONG-ROYONG PERDANA


OBJEKTIF                 :
1.      Membersih dan menceriakan kawasan sekolah.
2.      Memupuk semangat kerjasama antara warga sekolah dan ibubapa.
3.      Memupuk semangat bertanggungjawab terhadap persekitaran sekolah agar murid dapat belajar dengan lebih selesa.

PELAKSANAAN      :
Bil
Kawasan
Ajk pelaksana
Tindakan
1.
Kelas
PK 1
Guru kelas
2 orang ibubapa setiap kelas.
Tindakan
1.      Mengatur dan menyusun infrastuktur yang terdapat di dalam kelas.
2.      Menghias dan mencantikkan kelas untuk keselesaan murid.
2.
Tandas
PK HEM
AJK PIBG 1
-( 2 Bilik persalinan)
1. Ibubapa
2. Ibubapa
3. Ibubapa
4. Ibubapa
AJK PIBG 2 (TM Blok C)
1. Ibubapa
2. Ibubapa
AJK PIBG 3
-(2 TM Blok D)
1. Ibubapa
2. Ibubapa
3. Ibubapa
4. Ibubapa
Guru:
Mazlina Othman(TG Blok A)
1. Nuriah
Suhana Bt Ismail (TG Blok B)
1. Nor Fathiyah
Hazuria (TG Blok B Tgkt 3)
1. Norhayati
Minarni (TM Blok A)
1.Noor Asilah
Tindakan
1.      AJK kebersihan dan AJK PIBG menghias tandas murid dan guru.
3.
Padang
AJK PIBG 4
PK KOKO
Guru:
Salahuddin
Mohd Hisyam Harun
Tindakan
      1.Membaiki struktur padang dan kod permainan.
4.
Kawasan sekolah
GB dan YDP
AJK PIBG 5 Blok A
AJK PIBG 6 Blok B
AJK PIBG 7 Blok C
AJK PIBG 8 Blok D
Ibubapa
Guru:
Hapsah Bt Abd Rahim
Nik Afifah Bt Nik Abd Aziz
Mohd Ashraf B Azmi
Hazwan
Juleyana Abdullah
Ustaz Yusoff
Nasya
Nasrizah
Hakimah
Tindakan
      1.Membersihkan semak samun, longkang dan    kawasan persekitarannya.
      2. Membersihkan blok sekolah.
5.
Taman-taman
NYDP
AJK PIBG 9
Ibubapa
AJK guru
-Wan Mohd Faridz
-Ust Faiza
-Guna
-Maihayati
Tindakan
      1.Membina satu sudut atau taman hasil dari sumbangan ibubapa terhadap “program hijaukan sekolah kita”.
(Memerlukan idea dan perancangan dari ajak terlibat sebelum dilaksanakan.)

6.
Dokumentasi
Suhana Ismail

-Menyediakan dokumentasi lengkap
7.
Peralatan
Hasmadi Bin Jahed
Edahyu Bt Yasir
Hanaliza Bt Hassan

-Menyediakan peralatan yang diperlukan daripada semua ajk yang terlibat.
8.
Buku Program         
Ajibah bt Chek

-Menyediakan buku program
9.
Makanan
Hasnizatul Azam
Rogayah Bt Dollah
Flora Crispina Nathan
Shamsul Bahari

-Menyediakan sarapan pagi untuk semua yang hadir.
-Memasak bubur lambuk untuk makan kudapan.


10.0      ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
(RM)
KOS
(RM)
1
Aktiviti mengecat tandas sekolah.
Cat (5 kg)
Aksesori


8 unit
8 unit



80.00
80.00



640.00
640.00
2
Gotong-royong perdana
Makanan
Minuman
Kelengkapan

700 orang
700 botol
1 unit

1.00
1.00
500.00


700.00
700.00
500.00

JUMLAH
3180.00

11.0  PENUTUP

Diharapkan agar Aktiviti gotong-royong perdana 2014 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.