Saturday 28 January 2012

BICARA SEBILAH LIDAH


BICARA SEBILAH LIDAH

Sebilah lidah itu
langirkanlah dengan kata-kata kebenaran
kerana bisanya dapat memancung kesangsian
tajamkan ia dengan zikir memuji kebesaran Tuhan
agar bicara tidak mengundang keraguan.

Sebilah lidah itu
jangan kauasah dengan kepalsuan
lembut namun bisanya membawa kehancuran
menjelirkan api persengketaan.

Berhati-hatilah dengan sebilah lidah itu
senjata yang selalu memakan tuan.  

 oleh:
MD NIZAR PARMAN
Parit Raja