Wednesday 20 March 2013

AKULAH SANG PENCINTA ITU



AKULAH SANG PENCINTA ITU

Akulah sang pencinta itu
Mengkhayalkan dan mempersonakan
Kealpaan  itu membelenggu diri
Ramadhan itulah pokok  saksinya
Suara itu yang membuai rasa
Wajah itu yang memukau sukma
Kalimah  itu menjerat asmara

Satu persatu awan kutadahi
Satu persatu bulan kuratapi
Satu persatu jalan ku lalui
Satu persatu bunga ku ciumi
Satu persatu persada kuturuni
Satu persatu  sungai ku renangi
Dalam perjuangan mencari hakiki
Namun
Adakah ia manis sepagi
Seindah bunga harum rengsanya
Adakah ia realiti pujaan
Seindah Laila  dalam percintaan
Adakah ia satu kemahuan
Seindah sakura di taman larangan
Aku tetap disini kerana akulah Sang Pencinta itu.

BULAN JINGGA


Sajak ini ditulis pada bulan November 2012 . Tujuan asalnya untuk penerbitan sebuiah antalogi namun apabila dibaca berulangkali sy amat menggemari sajak ini.Ia memberi satu kesan yang sukar sy terangkan terhadap diri sy yang sy juga tdk faham apakah jenis perasaan itu. Sy terasa amat dekat dengan bait-bait ayatnya walaupun ia bukanlah ayat yg puitis.Namun ia adalah karya yg sy sayangi. Perlu cop sirim ni hehehe...Selamat membaca...

BULAN JINGGA

Berbisik Sang Angin itu
Dalam deruan memecah keheningan yang pekat
Sederas arus di sungai melintang memacu laju
Hutan inilah saksi kilauan itu dalam remangnya
Menempikkan  paluan alam nya tanpa silu
Bingitan unggas berlagu riang mengiring sang malam
Desiran angin menerpa kasar membatu rasa
Melingkari hiruk pikuk jiwa Sang Penunggu
Dalam tunggu dan menunggu

Berlagulah  Sang Pungguk itu
Gemanya berlagu usang tanpa tempo
Sayup , sayu dan pilu berkumandang hiba
Berhias panahan pandangan merincip maya
Setajam berlian memotong saudara
Engkaulah Sang Penunggu itu
Dalam tunggu dan menunggu

Apakah khabarmu Si Bulan Jingga
Sakitkah dikau tiada khabarnya
Angin lalu diam seribu bahasa
Penantian ini benar-benar menyeksa

Malam itu ku terbaring terkesima
Dalam gempita kegelapan menghimpit jiwa
Menanti suatu kepastian yang tiada noktahnya
Dengan perjuangan ke sempadan yang kian mati tanpa rela
Menunggu dalam  kesamaran asmara,cahayamu  Si Bulan Jingga.

























Masa di bulan Mac

Haii.. rupa-rupanya dah hampir 3 bulan sy x update blog ni. Masa yg tidak mengizinkan. Mungkin terlalu byk perkara yang harus di uruskan yang memerlukan kudrat n tenaga yg x seberapa ini. Sebenarnya ada byk bhn yg boleh di kongsi bersama, namun kekangan yg membuatkan ia masih tersimpan lagi.
Dalam beberapa bulan ini, sy ade melalui beberapa perkara yang isunya ialah masa. Masa memainkan peranan yg sgt besar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan tentang kepentingan masa. Ade org yg bergaduh tentang masa, ade yg gembira dengan masa, ade yg menderita kerana masa dan pelbagai jenis emosi lagi berkaitan masa.Semua org mempunyai 24 jam sehari , cme sy prnh mempertikaikan apabila sy ade 27 jam sehari , itupon sebab kemarahan yg masih juga berkaitan masa.7 hari seminggu , cukupkah anda melakukan rutin anda? Bagaimana jika anda diberi 5 hari seminggu tuk urusan anda? Bagaimanakah penerimaan anda jika ianya semakin lama, semakin kurang? Jawapannya tepuk dada, tanya selera kerana anda ialah pemegang amanah itu. Setiap org diberikan pilihan dan peluang, jadi begitulah caranya anda memtadbir diri anda. Walau macamana pun anda diajar tp pokok asasnya ialah diri anda. Suatu masa dlu, sy prnh mengalami satu peristiwa yg memberi kesan pd diri dan hidup sy. Sy slalu memikirkan cukuplah apa yang telah sy alami namun sekarang baru sy sedar, setiap perkara ada penyembuhnya.Masa mampu untuk merubah sesuatu keadaan, di samping itu kita haruslah mempunyai nilai2 positif juga.Pasrah dengan ketentuan Illahi kerana pasti ade perkara terbaik yang menunggu kita di masa depan.