Sunday, 26 May 2013

CORAL SPEAKING ATAU CAKAP BERIRAMA


 Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang susah untuk di cari di lama google ini, Saya cakap macam tu sebab sy yang susah nak cari hehehe.. skrip untuk cakap berirama versi bahasa melayu memang kuarng ada untuk di jadikan rujukan.  Diharap lirik ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam melatih murid ye. 

;) Selamat mencuba.... 

CAKAP BERIRAMA- Sekolahku syurgaku


G             Tepuk, tepuk tepuk selamat
                Morning
                Hola
                Koniciwa
                Sawadika
                Selamat Pagi ...hoooo!
I               Bahasa
G             budaya bangsa
I               Hakim Yang Berhormat, guru dan rakan-rakan.
I               Hari ini!
G             Kami berbangga untuk membawa anda ke dunia ...
G             Sekolahku syurgaku!
I               Adakah anda tahu apa yang ada Sekolah, betul3x
G             Sekolah adalah pusat penjagaan ...
I               Apa? pusat penjagaan?
I               Sekolah adalah tempat kanak-kanak belajar seperti kami ...
G             Anda tahu hari-hari di sekolah nampaknya sangat menakjubkan.
I               Pertama!
G             Kita akan bertemu
G             Jeng ... Jeng ... Jeng ...
G             K.A.W.A.N –kawan
                a.k.a sahabat untuk selamanya
I               Terdapat banyak jenis orang di sini, seperti
I               gemuk,kurus, tinggi, pendek, comel, cantik dan yang paling pelik adalah ...lembik!
I               Mana-mana lembik di sini?
G             Mana ada, disini semua guru dan murid hebat, kuat, berani dan terbaikkkkk
I               Jika kita mempunyai masalah
I               Guru-guru  akan cuba untuk selesaikan
G             Guru memberi kami panduan, dorongan dan kasih sayang
I               Kasih sayang?
G             Selamat datang ke sekolah sayang
I               Sayang, sayang, sayang.. selamat datang sayang
G             Hurmmmm hebatkan..
                Kami sayang cikgu juga
I               Maafkan saya! Siapakah yang akan menjaga murid di sekolah?
G             Oo ... G.U.RU
G             Kerana mereka adalah guru kami ...
I               Saya  takut apabila  bertemu dengan mereka ....
G             Takutnya...takutnya
I               Uu ... Kenapa takut?
G             Ish ... ish ... ish ... ish ...
G             Guru  adalah sangat bagus, baik, membantu, dan orang yang bertanggungjawab.
I               Disamping itu mereka cantik dan kacak hehehehe
I               Tapi! Jika kita tidak mematuhi peraturan
G             O. o .. kita tidak akan terlepas!3X
G             Kewajipan  guru ialah untuk mengajar dan membimbing muid
G             Guru adalah ibu bapa  kami
G             Begitu! Jangan anda pernah, pernah,
G             selamanya, selamanya, selamanya , sayang cikgu semua
G             Heiii
I               Adakah anda tahu sesuatu?
I               Apa?
                Di sekolah terdapat banyak cerita hantu ....
G             Hee ... hee .... heee (bunyi hantu mengilai)
G             Aaaaa .... Tolong! ! lari! Menakutkan
I               Hey! Sabar ... Itu hanya imaginasi kita ...
I               Mana ada hantu siang-siang ini
G             Ermmm... mana boleh siang-siang hari ini
G             hahahaha
                Ding Dong
                Uishhhhhh
I               Perhatian kepada warga sekolah!
I               Hari ini akan diadakan gotong –royong,   tepat jam 9 pagi!
G             Jika anda lewat ... nama anda akan diambil oleh pengawas ...
I               Ee .. ish ... saya benci gotong-royong, nnti baju saya kotor ...
G             Janganlah begitu
G             Kita perlu kekalkan kebersihanan dan tingkatkan persefahaman
I               Lagipun, gotong royong dapat meningkatkan semangat kekitaan dalam diri kita
G             Kekitaan yang erat..... tidak yang berat.
I               Huhuhu perut saya lapar lah
G             Apa yang mahu  dimakan pada waktu rehat  ini?
I               Nasi lemak?
G             Kolestrol...
I               Urm... sandwich....
G             Yummy... yummy.. sedapnya
G             Sihat dan berkhasiat
I               Tuna berasal dari laut sejuk, ia mengandungi
G             Omega 3
G             Baik untuk jantung kita
G             Hari rabu ...
G             Masa untuk bergembira...
I               Aktiviti yang paling menarik ialah ....
G             kokurikulum ...
I               Kawan... apa kelab awak?
I               Saya kelab kebudayaan
I               Saya boleh berseloka  seperti Roslam Maadun
I               Aduhai malang Pak Kaduk(SELOKA PAK KADUK)
                Ayamnya menang kampung tergadai
                Ada nasi dicurahkan
                Anak pulang kebulurannya
                Menariknya , irama tradisional...
I               Kung Fu seperti Jet Li  ... Watcha!
I               Berlakon seperti
G             Spongebob Squarepant ....2X
                Haikkk.............
I               squad..squad sedia
I               Rehatkan diri
I               Baris
I               Baris sedia ....
G             Kami ahli pengakap muda
G             Buat sehabis baik....
I               Unit beuniform pengakap
I               Kelab Bahasa Melayu
I               Cikgu Mina yang ajar?
G             Suka,,, suka,,,suka
I               Saya suka berpantun
I               Burung Jelatik terbang melayang,(PANTUN)
                Terbang beriringan sebelah menyebelah,
                Guru sayang, saya pun sayang
                 Rukun dan damai berada di sekolah..
I               Saya suka kelab Kajian Tempatan
I               Kita tahu banyak perkara tentang dunia seperti
G             Hollywood ... Bollywood ... Malaywood ... Playwood ....
I               Ha? Playwood? Dimanakah negeri itu?
I               Hehehe .... Gurau sahaja ....
G             Hahahaha ...
                Awak tahu tak?
G             Sekolah sebuah keluarga besar yang bahagia ...
G             Guru –gurunya sungguh penyayang
I               Jika kita meninggalkan sekolah ini
                Kita akan rasa
G             Tiada guru, tiada sekolah lain seperti disini ....
G             SKPBP1
I               Hingga akhirnya ...
G             Kami sayang cikgu
G             Terima kasih cikgu!
G             Sekolahku syurgaku

Thursday, 9 May 2013

Sajak : Demi perpaduan ini


Demi perpaduan ini
Ayudez fia

Setiap kali melangkah membawa perpaduan
Ada jalan tersekat di hadapan
Ku toleh ke kiri ada iri
Ku pandang ke kanan ada hasutan
Dan ranting-ranting ego bergelimpangan menghalang
Ditumbangkan ribut hasad dan taufan bimbang
Di satu sudut, ku lihat,
Berdiri gagah pemimpin pahlawan menepis warna-warna kelam
Ia tidak sedikitpun berganjak walaupun digertak
Tunjangnya tegap memasak bumi.
Walau tusukan datang bertubi-tubi.

Takkan roboh Malaysia ini
Walau diterpa angin kekacauan yang hitam menutup pandangan
Takkan roboh Malaysia ini
Walau si pelampau ngeri mengalih terang pada kekusaman
Takkan roboh Malaysia ini
Kerana akar umbinya, ditunjang jati pertiwi yang sasa membelah malam
Adakah kau percaya?

Generasi silih berganti
Musim silih berganti
Hari demi hari silih berganti
Masa berputar tanpa henti
Mematangkan pemikiran melewati usia
Mendewasakan manusia menjadi cendiakawan
Lalu lahirlah, insan integriti bangsa

Aku menyeru padamu bangsaku
Aku menyeru padamu generasiku
Aku menyeru padamu saudaraku
Kaulah harapan bangsa memupuk perpaduan
Kaulah  yang akan mencorakkan keamanan
Kau jugalah yang memakmurkan Malaysia merdeka ini
Agar terbela nasib generasi di masa hadapan.

B
ersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Warna-warna  akan bersatu bersama
Keakraban saudara akan tertera
Kita adalah insan sekelompok dan  sebangsa
Kita adalah insan satu gagasan Malaysia
Berpadulah kita tanpa mengira warna
Berpadulah kita tanpa sengketa
Demi perpaduan ini
Kita satu malaysia

08/05/2013

Wednesday, 20 March 2013

AKULAH SANG PENCINTA ITU



AKULAH SANG PENCINTA ITU

Akulah sang pencinta itu
Mengkhayalkan dan mempersonakan
Kealpaan  itu membelenggu diri
Ramadhan itulah pokok  saksinya
Suara itu yang membuai rasa
Wajah itu yang memukau sukma
Kalimah  itu menjerat asmara

Satu persatu awan kutadahi
Satu persatu bulan kuratapi
Satu persatu jalan ku lalui
Satu persatu bunga ku ciumi
Satu persatu persada kuturuni
Satu persatu  sungai ku renangi
Dalam perjuangan mencari hakiki
Namun
Adakah ia manis sepagi
Seindah bunga harum rengsanya
Adakah ia realiti pujaan
Seindah Laila  dalam percintaan
Adakah ia satu kemahuan
Seindah sakura di taman larangan
Aku tetap disini kerana akulah Sang Pencinta itu.

BULAN JINGGA


Sajak ini ditulis pada bulan November 2012 . Tujuan asalnya untuk penerbitan sebuiah antalogi namun apabila dibaca berulangkali sy amat menggemari sajak ini.Ia memberi satu kesan yang sukar sy terangkan terhadap diri sy yang sy juga tdk faham apakah jenis perasaan itu. Sy terasa amat dekat dengan bait-bait ayatnya walaupun ia bukanlah ayat yg puitis.Namun ia adalah karya yg sy sayangi. Perlu cop sirim ni hehehe...Selamat membaca...

BULAN JINGGA

Berbisik Sang Angin itu
Dalam deruan memecah keheningan yang pekat
Sederas arus di sungai melintang memacu laju
Hutan inilah saksi kilauan itu dalam remangnya
Menempikkan  paluan alam nya tanpa silu
Bingitan unggas berlagu riang mengiring sang malam
Desiran angin menerpa kasar membatu rasa
Melingkari hiruk pikuk jiwa Sang Penunggu
Dalam tunggu dan menunggu

Berlagulah  Sang Pungguk itu
Gemanya berlagu usang tanpa tempo
Sayup , sayu dan pilu berkumandang hiba
Berhias panahan pandangan merincip maya
Setajam berlian memotong saudara
Engkaulah Sang Penunggu itu
Dalam tunggu dan menunggu

Apakah khabarmu Si Bulan Jingga
Sakitkah dikau tiada khabarnya
Angin lalu diam seribu bahasa
Penantian ini benar-benar menyeksa

Malam itu ku terbaring terkesima
Dalam gempita kegelapan menghimpit jiwa
Menanti suatu kepastian yang tiada noktahnya
Dengan perjuangan ke sempadan yang kian mati tanpa rela
Menunggu dalam  kesamaran asmara,cahayamu  Si Bulan Jingga.

























Masa di bulan Mac

Haii.. rupa-rupanya dah hampir 3 bulan sy x update blog ni. Masa yg tidak mengizinkan. Mungkin terlalu byk perkara yang harus di uruskan yang memerlukan kudrat n tenaga yg x seberapa ini. Sebenarnya ada byk bhn yg boleh di kongsi bersama, namun kekangan yg membuatkan ia masih tersimpan lagi.
Dalam beberapa bulan ini, sy ade melalui beberapa perkara yang isunya ialah masa. Masa memainkan peranan yg sgt besar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan tentang kepentingan masa. Ade org yg bergaduh tentang masa, ade yg gembira dengan masa, ade yg menderita kerana masa dan pelbagai jenis emosi lagi berkaitan masa.Semua org mempunyai 24 jam sehari , cme sy prnh mempertikaikan apabila sy ade 27 jam sehari , itupon sebab kemarahan yg masih juga berkaitan masa.7 hari seminggu , cukupkah anda melakukan rutin anda? Bagaimana jika anda diberi 5 hari seminggu tuk urusan anda? Bagaimanakah penerimaan anda jika ianya semakin lama, semakin kurang? Jawapannya tepuk dada, tanya selera kerana anda ialah pemegang amanah itu. Setiap org diberikan pilihan dan peluang, jadi begitulah caranya anda memtadbir diri anda. Walau macamana pun anda diajar tp pokok asasnya ialah diri anda. Suatu masa dlu, sy prnh mengalami satu peristiwa yg memberi kesan pd diri dan hidup sy. Sy slalu memikirkan cukuplah apa yang telah sy alami namun sekarang baru sy sedar, setiap perkara ada penyembuhnya.Masa mampu untuk merubah sesuatu keadaan, di samping itu kita haruslah mempunyai nilai2 positif juga.Pasrah dengan ketentuan Illahi kerana pasti ade perkara terbaik yang menunggu kita di masa depan.

Sunday, 13 January 2013

Coretan Ahad yang teruk 13.01.2013

Salam... berjumpa lagi.

Hujung minggu yang agak teruk tuk sy. Actually beberapa bulan ni agak teruk r. Struggle ckit. Sebenarnya byk perancangan yang nk di buat tp rest kejap. Minggu ni ade perkara penting yg harus di selesaikan. Harap sy berjaya lalui saat itu. Yang lain lebih berkisar tentang kehidupan dan pekerjaan je lah.Walaupon bz dgn aktvt2 yg org lain kata buang masa, gaji sama je sumer orang. Tapi sy x pk konsep tu. Sy pk konsep kegembiraan bekerja.Jika sy ske sy akan buat smpi berjaya, jika sy xske, jgn paksa sy. Sy x ske di paksa, jika pakse jgk result mesti x best.Simple n easy kn..

Tadi petang sy meluangkan masa bersama keluarga mandi2 di Sg Tua . Seronok tgk mereka mandi. Sy x mandi pon sbb takut sejukkkk hehhehe...So lappy ni ialah teman setia sy. Td ade kwn telefon meminta sy edit sajak ya ng sy tulis utk antalogi . Sy pon terus edit je kt dalam hutan Sg Tua tu. Lam hutan lg byk idea boleh dapat ketika menulis, Tapi lepas tulis sajak tu hati sy tiba2 sayu sbb sajak yang sy tulis sendiri. Lau nk thu sajak apa, kene tunggu antalogi tersebut publish...sbr eyhhh. Kadang2 ade perkara yang menyentuh perasaan tanpa ade sbb. Mungkin terpikirkan sesuatu yg penting namun org lain ambik mudah. Thinking of something thats will make u sad. Pengalaman org bkn sy. Sy penulis , tolong interpretasikan je dlm karya. Byk imaginasi  ni hehehe...

Dah lewat da ni.Mata sy pon da makin mengecil dan sy rasa sy patut tutup lampu. Hari tu sy da post lagu Zulhuzaimy. Lagu tu mmg best n something special for me tp hari ni sy rasa lagu tu da xmahu dgr. Sy bg anda semua sebuah lagu, masih dari seberang. one of my fav song jgk la ni...Layannnnzzzzzz...........
PERMINTAAN HATI LETTO


Saturday, 5 January 2013

Sembang santai malam hari huhuhu

Tahun baru datang lagi.2013 Tahun  ini di jangka akan lebih ..lebih dan lebih dari tahun lepas. Sebenarnya agak bosan malam ni. Semua orang dengan hal masing2. Mata pon dah sampai ke penghujung hari ni tp masih ade hati tuk mencoret dan mencarik. Hurmm biasanya bknlah slalu sy melihat blog ni, hanya ble ade yg nk di kongsi bersama barulah sy akan log in, itupon kdg2 terlupa password hehehe...
Pelbagai jadual berada di dalam otak ni tp yg mana satu nk dilaksakan dahulu, smlm sempat menghabiskan bacaan buku " Pengalaman Puisi Edisi Ke-2" , hasil tulisan Sasterawan Negara kita iaitu Muhd Hj Salleh. Byk yg menarik tuk dikongsi bersama, Siapa berminat dengan puisi , bolehlah cari buku tersebut..besttt.

Hari ni plk menghabiskan seharian di sekolah. Menyediakan dan menghias kelas untuk anak murid tercinta. Temanya warna merah. Ble pk semula cm Tahun Baru Cina r plk. Xpe2 , biar murid jadi berani dan bersemangat mcm cikgu die ni hehehe...Alamakkk..tahun ni ajar kelas protim, da r first time ajar BM tapi cbe tuk menyahut cabaran. Sesuatu yang perlu dibuktikan ni. Huhuhu sy mencabar diri sy ..uishhh menarik ayat tu .Aminnnn.

Ermm bosan r , jom..aktiviti harian sy , lyn youtube.Sy ske dengar muzik terutama lagu2 dari Indonesia. Kena r ng jiwa. Kalau korang x setuju, sy ok je hehehhe..Lau xpon sy ske layan Jozan. Semua youtube ttg die sy tgk da kot.Ble rasa insaf sikit , sy buka Youtube ustaz Azhar Idrus..kesimpulannya setiap hari sy lyn youtube. Ble da bosan , apalagi lyn bantal lg syok huhuhu ... hilang sumer resah , gelisah , gundah gulana, gembira yg x patut2 dan semualah .Sebelum tu jom layan UNGGU..PERCAYA PADAKU..Zasss