Demi perpaduan ini
Ayudez fia
Setiap kali melangkah membawa perpaduan
Ada jalan tersekat di hadapan
Ku toleh ke kiri ada iri
Ada jalan tersekat di hadapan
Ku toleh ke kiri ada iri
Ku pandang ke kanan ada hasutan
Dan ranting-ranting ego bergelimpangan menghalang
Ditumbangkan ribut hasad dan taufan bimbang
Di satu sudut, ku lihat,
Dan ranting-ranting ego bergelimpangan menghalang
Ditumbangkan ribut hasad dan taufan bimbang
Di satu sudut, ku lihat,
Berdiri
gagah pemimpin pahlawan menepis warna-warna kelam
Ia
tidak sedikitpun berganjak walaupun digertak
Tunjangnya
tegap memasak bumi.
Walau
tusukan datang bertubi-tubi.
Takkan
roboh Malaysia ini
Walau
diterpa angin kekacauan yang hitam menutup pandangan
Takkan
roboh Malaysia ini
Walau
si pelampau ngeri mengalih terang pada kekusaman
Takkan
roboh Malaysia ini
Kerana
akar umbinya, ditunjang jati pertiwi yang sasa membelah malam
Adakah
kau percaya?
Generasi
silih berganti
Musim silih berganti
Hari demi hari silih berganti
Masa berputar tanpa henti
Mematangkan pemikiran melewati usia
Mendewasakan manusia menjadi cendiakawan
Lalu lahirlah, insan integriti bangsa
Musim silih berganti
Hari demi hari silih berganti
Masa berputar tanpa henti
Mematangkan pemikiran melewati usia
Mendewasakan manusia menjadi cendiakawan
Lalu lahirlah, insan integriti bangsa
Aku
menyeru padamu bangsaku
Aku
menyeru padamu generasiku
Aku menyeru padamu saudaraku
Kaulah
harapan bangsa memupuk perpaduan
Kaulah
yang akan mencorakkan keamanan
Kau
jugalah yang memakmurkan Malaysia merdeka ini
Agar
terbela nasib generasi di masa hadapan.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Warna-warna akan bersatu bersama
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Warna-warna akan bersatu bersama
Keakraban
saudara akan tertera
Kita adalah insan sekelompok dan sebangsa
Kita adalah insan satu gagasan Malaysia
Berpadulah kita tanpa mengira warna
Berpadulah kita tanpa sengketa
Kita adalah insan sekelompok dan sebangsa
Kita adalah insan satu gagasan Malaysia
Berpadulah kita tanpa mengira warna
Berpadulah kita tanpa sengketa
Demi
perpaduan ini
Kita satu malaysia
08/05/2013
No comments:
Post a Comment