Wednesday, 12 September 2012

Kertas Kerja Hari Kanak-Kanak 2012




 





SEKOLAH PUSAT BANDAR PUCHONG 1,
JLN WAWASAN 2, PUSAT BDR PUCHONG,
47160 PUCHONG, SELANGOR.



KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 
 &
 ANUGERAH KUALITI MURID SKPBP(1)  2012



19 OKTOBER  2012










1.0  PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Malaysia adalah diantara 150 buah negara yang menyambut nya pada bulan Oktober setiap tahun.Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhaap kebajikan an kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.

2.0          RASIONAL
Sambuatan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada generasi kanak-kanak. Acara sambutan  di sekolah diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru  akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak  di dalam pelbagai lapangan . Sambutan hari kanak-kanak ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara warga SKPBP(1).




3.0         OBJEKTIF

Sambuatn Hari Kanak-Kanak diadakan di sekolah bagi mencapai objektif yang digariskan seperti berikut:
1.Meraikan murid-murid sekolah  sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menjemput jemputan khas bagi mengembirakan kanak-kanak di hari istimewa itu.
2.Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka amat penting dengan cara menghargai sumbangan  murid di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.
3.Menerbitkan kesedaran di dalam diri murid-murid supaya dapat menjagi modal insan yang berguna dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjaya masa depan.
4.Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah an rohani dalam aktiviti yang dijalankan
.
4.0     TEMPAT DAN TARIKH CADANGAN

Tempat         : Dataran Nila Kandi -SKPBP(1)
Tarikh           : 19 Oktober 2012
Masa             : 7.30-10.00 pagi

5.0         SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah di kalangan guru ,murid pra sekolah, murid Tahap 1 dan 2 SKPBP(1).

6.0         JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai 650 orang   iaitu guru, murid pra sekolah, murid Tahap 1 dan 2 SKPBP(1).


7.0         PENGISIAN PROGRAM

Program yang dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober 2012 memuatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan  perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa , sosio emosi, sahsiah dan rohani. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:

1)       Persembahan kesenian yang melibatkan tarian dan nyanyian.
2)   Gerai-gerai pameran kerjaya .
3)   Jemputan Khas
4)   Anugerah kualiti murid
5)   Quiz

8.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT 1                      :EN. KAMARUDDIN BIN OTHMAN(GB)
PENASIHAT 4                      :PN. SANTHI  M. PALANIAPPAN (PK. HEM)

PENGERUSI PROGRAM   : NORZURAINA BT MOHD NOR
PEN PENGERUSI                : MOHD ASYRAF BIN AZMI
SETIAUSAHA 1                   : HAZURIA BT AKHBAR KHAN
AJK PELAKSANA                 :SEMUA GURU

9.0 TENTATIF  PROGRAM  DAN TINDAKAN
HARI              : JUMAAT
TARIKH         : 19 Oktober 2012
TEMPAT        : Dataran Nila Kandi.
MASA             : 7.30 pg-10.00 pg

7.30 am          : Semua murid dan  berkumpul di tapak perhimpunan.
7.45 am          : Persembahan pembukaan
8.00 am           : Ikrar murid
8.10 am           : Ucapan ketua murid
8.20 am           :Ucapan Guru Besar
8.20 am           :Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak SKPBP(1)
8.25 am           : Persembahan khas dari jemputan Khas (Aqil Story)
9.40 am           :Penyampaian anugerah kualiti murid 2012
9.50 am           :Aktiviti bersama jemputan khas.
10.00 am        :  Penutup

Gerai pameran akan berlansung sepanjang hari tersebut.
Demostrasi kerjaya akan dijalankan.

AJK PELAKSANA
Pengerusi program  : Norzuraina Bt Mohd Nor
Tim. Pengerusi          : Mohd Asyraf B Azmi
Setiausaha 1            :Hazuria Bt Akhbar Khan          
Ajk
Nama
Tugas
Dokumentasi
Rogayah Bt Dollah
Hazuria Bt Akhbar Khan
-Menyediakan dokumentasi lengkap
Peralatan/logistik
Hasmadi Jahed
Juleyana
Hanaliza Bt Hassan
Noor Asilah Bt Mat yusoff
-Menyediakan peralatan yang diperlukan daripada semua ajk yang terlibat.
Buku Program         
Ganthimathi
Mazlina Othman
-Menyediakan buku program
Hadiah
Zainatunakmar
Ajibah bt Chek
-Menyediakan hadiah untuk murid
Pentas ,backdrop dan hiasan sekolah.
Maihayati Bidin
Wee Gim May
Edahyu Bt Yasir
Hakimah
Hapsah Abd Rahim
Mohd Fauzan B Che Hasim
-Menyediakan pentas dan backdrop yang diperlukan.
-Susun atur pentas
-Menghias kawasan yang diperlukan.
Persembahan
Suhana Bt Ismail-Pra
Minarni Bt Tarmudi-Thn 1
Noor Fathiyah –Thn 2
Salahuddin Thn 3
Noriza-Thn 4
Noor Asilah-Thn 5
Nor Ain Bt Mat-Thn 6

-Menyediakan persembahan murid dan guru.
Juruacara                 

Akmalul Husna
Hairi Bin Said
-Menyediakan teks ucapan dan melatih murid menjadi pengacara.
Bacaan doa 
Mohd Yusoff Bin Saad
Mohd Faiza
-Menyediakan teks dan melatih murid membaca doa untuk majlis.
Siaraya
En.  Mohd Hisyam Harun
Wan Mohd Faridz Wan Mohamadan

-Menyediakan berkaitan muzik , sistem bunyi atau tayangan.
Makanan
Siti Nurhafizah Mohd Nor
Nor Anita bt Ahmad

-Menyediakan makanan
Gerai Kerjaya
Nik Afifah Nik Aziz
KP BM Mohd Hairi Said
BI- Flora Crispina Nathan
M3-Teh Siew Ngor
SC Norhayati Bt Kassim
PS Ramlah  Ismail
KH Zalina Bt Adnan

-Gerai kerjaya
Anugerah Kualiti
Pentadbir, penyelaras dan guru kelas
-Memilih 2 tokoh murid tahap 1 dan 2 dari tahap 2.
Disiplin
Hasnizatul Azam
Shamsul Bahari

_Menguruskan permainan yang akan dijalankan.
Urusetia
Mohd Asyraf B Azmi
Norzuraina Bt Mohd Nor

-Memastikan kelancaran majlis

10.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA SEUNIT
(RM)
KOS
(RM)
1
Hadiah pertandingan
Anugerah kualiti


4 unit

20.00

80.00
2
Persiapan gerai kerjaya
6 unit
50.00
300.00
2


Makanan
Lain-lain

650
3

1950.00
   70.00
JUMLAH
2400.00

11.0  PENUTUP
Diharapkan agar Program Sambutan Hari Kanak-Kanak  bagi tahun 2012  ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.  



Disediakan oleh,

__________________________
(Norzuraina Bt Mohd Nor)



Disahkan oleh,

__________________________
(Pn Santhi M. Panialappan)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid



No comments:

Post a Comment

Post a Comment