Monday 24 December 2012

PERLEMBAGAAN KELAB GURU




PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
(KKGK)




SEKOLAH PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
JALAN WAWASAN, PUSAT BANDAR PUCHONG
PUCHONG SELANGOR



SESSI 2011/2012




PERKARA 1 : 
NAMA DAN ALAMAT
a. Nama           Kelab : Kelab Kebajikan Guru Dan Pekerja
                          Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong ( 1 )
b. Alamat        : Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong ( 1 ), Jln wawasan 2.
                          47160 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

PERKARA 2
MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 ini lebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3
 TUJUAN PENUBUHAN
3.1       Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan   
            pekerja dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
3.2       Untuk membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial
            yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
3.3       Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

PERKARA 4
FUNGSI KELAB
Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai  tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1       :Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan pekerja
serta menjaga kebajikan mereka
4.2       :Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
             dan hubungan antara guru-guru dan pekerja serta sekolah.



PERKARA 5
KEAHLIAN
5.1       :Terbuka kepada semua guru dan pekerja Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar
Puchong 1.
: Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik .

PERKARA 6
 AHLI JAWATANKUASA
6.1       :Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai
Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja. Jawatankuasa ini dilantik oleh
ahli-ahli kelab setiap mesyuarat agung tahunan setiap tahun.
6.2       : Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja hendaklah terdiri daripada
Guru atau Kakitangan  masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Pusat Bandar Puchong 1, Selangor Darul Ehsan.
6.3       : Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan   
Kakitangan.
6.4       : Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.5       : Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
: Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
 perletakkan jawatan kepada pengerusi.
6.6       :Perlantikan jawatankuasa yang baru diadakan setiap tahun.
6.7 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :-
6.7.1 Pengerusi
6.7.2 Naib Pengerusi
6.7.3 Setiausaha
6.7.4 Bendahari
6.7.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.8       Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada tahun berikutnya
PERKARA 7
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan
7.1       ialah untuk mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

7.1.      : Pengerusi
7.1.1    : Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa  dan Mesyuarat Agung
              Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2    :Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
              diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3    :Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang
              tempoh berkhimat.
7.1.4    : Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat
              apabila telah diluluskan.
7.1.5    :Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa
               peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
7.1.6    : Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas
              sebagai pengerusi.
7.1.7    : Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna
              dan teratur.

7.2       : Naib Pengerusi
7.2.1    : Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi
               Pengerusi.
7.2.2    : Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3       : Setiausaha
7.3.1    : Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
7.3.2    : Mencatat, menyelia  dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan
              mesyuarat agung tahunan.
7.3.3    : menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung
              tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
7.3.4    : Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

7.4       : Naib Setiusaha
7.4.1    : Membantu setiausaha dalam menjalan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
7.4.2    : Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.5       : Bendahari.
7.5.1    : Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan
menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa.
7.5.2    :Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KKGK.
7.5.3    :Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbagan daripada mana-mana
ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen
yang berkaitan .
7.5.4    :Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari  
akaun kelab.
7.5.5    :Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan
kepada mesyuarat agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

PERKARA 8
KEWANGAN
8.1       : Setiapa ahli diwajibkan menbayar yuran RM 15.00 bagi setiap bulan.
8.2       : Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 75.00 bagi setiap 5 bulan pertama
atau RM 150.00 bagi tempoh 10 bulan.
8.3       :Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.
8.4       :Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.5       :Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.6       :Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan disediakan oleh bendahari.
8.7       :Penyata kewangan akan d iaudit dan diedarkan semasa mesyuarat agung.

PERKARA 9
KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1       :Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.
9.2       :Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.
9.3       :Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa, melainkan mendapat persetujuan AJK Kelab.

PERKARA 10                      
AKTIVITI
10.1     :Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa KKGK.
10.1     :Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
10.1     :Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9  perenggan 9.3.

PERKARA 11          
MEMBERHENTIKAN
11.1     :Ahli-ahli yang bersikap tidak sopan atau menganggu ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 dari tarikh pemecatan , dan akan dipertimbangkan oleh AJK KKGK.



PERKARA 12          
PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1     :Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.1     :Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa KKGK semasa mesyuarat Agung tahunan.
12.1     :Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan AJK KKGK dan AHLI akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
12.1     :Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengerusi.

PERKARA 13          
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1     :Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat tempoh setahun.
13.2     :Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli
selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat.
13.3     :Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut
13.3.1  : Ucapan pengerusi.
13.3.2: Membentangkan dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.
13.3.3: Membentangkan dan menerima laporan kewangan /aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit.
13.3.5: Pemilihan Jawankuasa KKGK bagi tahun berkenaan.
13.3.6: Ucapan penangguhan.
13.3.7: lain-lain hal.

13.4     :Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa KKGK serta menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut :
13.4.1  : Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatan dalam PERKARA 6. Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong.
13.4.2  : Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi.
13.4.3  : Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
13.4.4  :Calon yang dilantik bukanlah dari ahli jawatankuasa dari sessi yang sebelumnya.

13.5     :Mesyuarat Agung khas kelab boleh diadakan :
13.5.1  bila difikiran mustahak oleh AJK KKGK.
13.5.2  Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis atau tidak kurang daripada ¼ daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
13.6     :Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
13.7     :Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

PERKARA 14                      
KUOROM
Kourom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti  berikut :
14.1     ;Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli.
14.2     :Mesyuarat AJK KKGK hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ajk kkgk.
14.3     :Jika  kourom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh AJK Kelab dan jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang  ditetapkan mesyuarat ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli, mengikut nasihat Penasihat Kelab.




PERKARA 15                      
SUMBANGAN KEBAJIKAN  KEPADA AHLI.
15.1     :Bersara – Sumbagan untuk guru dan kakitangan yang bersara adalah  berupa cenderahati bernilai RM 100.00.
15.2     :Kematian saudara terdekat sahaja diberi sumbangan bernilai 50.00. saudara terdekat dalam perkara ini ialah ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli.
15.3     :Bertukar  Cenderahatu bernilai RM 50.00 untuk ahli yang berkhidmat labih dari 2 tahun dan lebih diberikan cenderahati bernilai RM 100.00.
15.4     :Bersalin anak pertama di sekolah ini akan mendapat cenderahati berjumlah RM30.00

PERKARA 16                      
PEMBUBARAN KELAB
16.1     Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.
Guru Besar ( Penasihat ) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.





Hazuria Bte Akbar Khan                                            Kamaruddin Bin Othman


_____________________                                          _____________________
Setiausaha KKGK 2011/2012                                      Penasihat  KKGK 2011/2012





Norzuraina Bt Mohd Nor

___________________
Pengerusi KKGK 2011/2012


1 comment: