Saturday, 28 January 2012

BICARA SEBILAH LIDAH


BICARA SEBILAH LIDAH

Sebilah lidah itu
langirkanlah dengan kata-kata kebenaran
kerana bisanya dapat memancung kesangsian
tajamkan ia dengan zikir memuji kebesaran Tuhan
agar bicara tidak mengundang keraguan.

Sebilah lidah itu
jangan kauasah dengan kepalsuan
lembut namun bisanya membawa kehancuran
menjelirkan api persengketaan.

Berhati-hatilah dengan sebilah lidah itu
senjata yang selalu memakan tuan.  

 oleh:
MD NIZAR PARMAN
Parit Raja 



2 comments:

  1. salam perkenalan.. terlalu byk info yg berguna dan terima kasih krn mau berkongsi..semoga cikgu ayu maju jaya dlm kerjaya

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan..Insya Allah, semoga dpt dimanfaatkan bersama ;)

    ReplyDelete