Tuesday, 24 January 2012

KERTAS KERJA NAIKTARAF BILIK GURU


 

 
                                                                                                                                                              






KERTAS CADANGAN
MENAIKTARAF BILIK GURU SKPBP(1)







1.                LATARBELAKANG
Sekolah Pusat Bandar Puchong (1) diwujudkan pada tahun 2002 . SKPBP(1) terletak di Pusat Bandar Puchong dimana ia berada di tengah-tengah pembangunan Bandar di Puchong, Selangor.Sekolah yang berada di atas bukit ini mempunyai kakitangan seramai 49 orang termasuk kakitangan sokongan. Maka, kakitangan ini terdiri dari 46 guru dan ditempatkan di dalam bilik guru yang seluas____________________.

2.        MATLAMAT/ MISI
 Kertas kerja ini dibuat bertujuan mencari sumbangan kewangan dari pihak luar agar dapat menaiktaraf bilik guru sedia ada kepada tempat yang lebih kondusif agar melahirkan guru-guru yang cergas, sedia bekerjasama dalam organisasi, mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai penampilan dan daya kepimpinan yang tinggi  selaras dengan permintaan perkhidmatan awam.

3.        OBJEKTIF
3.1           Menaiktaraf bilik guru sedia ada kepada tempat yang lebih kondusif agar guru-guru dapat menjalankan pekerjaan masing-masing dengan lebih efektif.
3.2           Meningkatkan motivasi guru-guru agar bekerja dalam keadaan yang lebih seronok dengan adanya infrastuktur yang selesa.





4          IMPLIKASI
4.1 Melalui projek yang dijalankan; ia akan meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi mengangkat nama SKPBP1 ke tahap yang lebih tinggi,

4.2  Memantapkan semanagat fizikal dan mental guru ke arah melahirkan guru-guru yang bersemangat tinggi dan optimis.

5        SKOP PERMASALAHAN
5.1 Memerlukan tingkap cermin yang tertutup agar dapat menggunakan penghawa dingin yang ada.
5.2 Membina partion diantara bilik guru, ruang makan dan bilik menyambut tetamu.Bilik guru sekarang terbuka dimana semua bilik tidak dihadang dan menyebabkan guru tidak mempunyai privasi sendiri semasa waktu senggang.
5.3 Lantai bilik guru yang diperbuat dari simen selalu berlubang.
5.4 Membina sinki di dalam ruang makan agar memudahkan pergerakkan dalam penggunaan sinki.






5        CADANGAN PROJEK DAN ANGGARAN KOS
Bil
Projek
Skop projek
Anggaran kos
1
Mengganti dan memasang tingkap sedia ada dengan tingkap cermin dan bingkai tingkap besi.
Kerja-kerja membekal dan memasang tingkap cermin gelungsur.
Bahan: Tingkap cermin
Bingkai tingkap besi.

2
Membina partion bagi memisahkan bilik guru dengan bilik makan dan bilik tetamu.
Kerja-kerja membina partition untuk membahagikan kepada 3 bahagian bagi memudahkan guru menjalankan tugas harian.

3
Membina sinki di dalam bilik makan di bilik guru.

Kerja membina sinki bagi kemudahan di bilik makan dimana sebelum ini hanya sinki di bilik air sahaja yang boleh digunakan.

4
Memasang jubin
Memasang jubin menggantikan simen batu yang ada sekarang.


 6        SASARAN
Menyiapkan projek sebelum bulan April.


Disediakan oleh,                                                    Disahkan oleh,
                       
……………………................                                       ………………….....................
Norzuraina Bte Mohd Nor                                        En Kamaruddin Bin Othman 












                                                                                                              
Sekolah Pusat Bandar Puchong (1)
Jalan Wawasan 2/23, Pusat Bandar Puchong,
47160 Puchong, Selangor
                                                                                                   Tarikh     : 3 Jan 2012.
_________________________________________________________________________
Kepada,
 
......................................................
......................................................
......................................................

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAIKTARAF BILIK GURU SKPBP(1).


 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


 2.    Sukacita dimaklumkan bahawa
SKPBP(1) akan menaiktaraf bilik guru bagi member lebih keselesaaan kepada guru agar dapat menjalankan tugas harian dengan lebih efektif.
3.    Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan sumbangan ikhlas berupa sumbangan kewangan agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk cek atas nama Norzuraina Bte Mohd Nor.
4.    Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja naiktaraf  ini untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan..

 5.    Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


 


 

Sekian, terima kasih.

 


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


 


 

Saya yang menurut perintah,

(Norzuraina Bte Mohd Nor)















 







No comments:

Post a Comment