Tuesday 24 January 2012

Puisi kanak-kanak -Hari pertama di sekolah

Puisi kanak-kanak

 
HARI PERTAMA DI SEKOLAH


Hari pertama di sekolah
Saya bangun awal
Mandi dan pakai baju baru
Ibu dan ayah teman ke sekolah
Seharian di sana

Hari pertama di sekolah
Saya lihat ada yang menangis
Saya lihat ada yang ketawa
Saya lihat ada yang bersedih
Namun saya rasa gembira

Kerana saya murid sekolah ini
Kerana saya belajar disini
Kerana banyak kawan saya kenali
Dan kerana tekad di hati
Belajar dan akan belajar disini.


2 comments: