KERTAS
CADANGAN
MISI KINABALU ,LAWATAN PENGURUSAN DAN KHIDMAT
SOSIAL 2012 -SKPBP(1)
TARIKH:
TEMPAT:
KOTA KINABALU , SABAH
1.
LATARBELAKANG
Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan
dalam usaha melahirkan rakyat yang
berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dansahsiah
yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru
Malaysia
perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Program
yang dirancang ini merupakan satu wahana
ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG).Program Ekspedisi
Gunung Kinabalu ini merupakan program ekspedisi pertama yang dirancang di
bawah program sekolah yang dikendalikan oleh Sekolah Kebangsaan Pusat
Bandar Puchong 1.Selain
ekspedisi, program ini turut mempunyai komponen terpenting dalam program , iaitu Program Khidmat
Masyarakat dan lawatan pengurusan ke Pusat Sumber SK Kilimu di Ranau,Sabah.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi serta sentiasa bersedia
dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Secara tidak langsung ia akan memberi
impak positif terhadap pembentukan citra guru yangkental jati dirinya dan mampu menghadapi
pelbagai rintangan pada masa akan datang.
2.
MATLAMAT/ MISI
Ekspedisi
Gunung Kinabalu ini bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang cergas, sedia
bekerjasama dalam organisasi, mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai
penampilan dan daya kepimpinan yang tinggi selaras dengan permintaan perkhidmatan
awam.Disamping itu, program lawatan pengurusan dan khidmat sosial bertujuan
untuk menjalinkan kerjasama yang erat antara sekolah dan komuniti luar.
3.
OBJEKTIF
3.1
Membawa misi sekolah mengibarkan bendera Malaysia dan bendera sekolah ke puncak
tertinggi Malaysia. Meletakkan nama
sekolah, ppd petaling perdana dan dun diatas satu paksi agar menjadi
motivasi dan dorongan kepada guru dan penjawat awam amnya.
3.2
Meningkatkan kemahiran
kognitif guru-guru terutamanya dalam
aspek pengurusan dan penyelenggaraan
program serta pengurusan terhadap sekolah luar Bandar.
3.3
Menggalakkan terjalinnya
kerjasama yang lebih erat antara pihak SKPBP1 dan komuniti kampung di luar
bandar.
3.4 Melahirkan guru yang mantap
dalam sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menempuhi cabaran
globalisasi dalam era pendidikan masakini.
4 IMPLIKASI
4.1 Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; ia akan membina
sahsiah guru yang berketrampilandan mampu menghadapi segala cabaran dan
arus globalisasi,
4.2 Meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi mengangkat nama
SKPBP1 ke tahap yang lebih tinggi,
4.3 Meningkatkan kemahiran guru untuk mengendalikan program dan
aktiviti yang melibatkan pihak luar, mengikut prosedur yang teratur
dan betul.
4.4 Memantapkan ketahanan
fizikal dan mental guru ke arah melahirkan guru-guru yang bersemangat
tinggi dan optimis melalui ekspedisi yang mereka lalui.
5
CADANGAN TEMPAT, AKTIVITI DAN TARIKH
-KOTA KINABALU SABAH
-19 NOV 2012- 25 NOV 2012
5.1 Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
Gunung
Kinabalu , Sabah.
Tarikh
: 20 & 21 Nov 2012
5.2 Program Khidmat Sosial
(Program
keluarga angkat)
Tarikh:22
Nov 2012-24 Nov 2012
5.3 Program Khidmat Sosial
(Program
Bengkel Pre-UPSR dan Gotong Royong)
SK Ranau
Tarikh:23
Nov 2012
5.4 Program Lawatan Pengurusan
Lawatan
ke PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009
SK
Kilimu
Tarikh:
23 Nov 2012
6 SASARAN
Terdiri
daripada 20 orang guru dan kakitangan pengurusan sekolah.
7
CADANGAN
AKTIVITI
Antara cadangan aktiviti bagi mengisi perjalanan program ini ialah:
7.1 Melakukan ekpedisi menawan puncak Gunung
Kinabalu dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera SKPBP1 di puncak gunung tersebut.
7.2 Mengadakan Bengkel Pre-UPSR dan melakukan aktiviti khidmat
masyarakat di SK Ranau
7.3 Mengadakan lawatan pengurusan ke SK Kilimu untuk melawat Pusat
Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2009
7.4 Program anak angkat.
8 TENTATIF CADANGAN
Hari/Tarikh
|
Tentatif cadangan
|
19/11/2012-Sabtu
|
Bertolak dr KLIA-Kota Kinabalu
|
20/11/2012-Ahad- 21/11/2012-Isnin
|
Pendakian Gunung Kinabalu
Kembali ke penginapan.
|
22/11/2012
-Selasa
|
Pagi
-Program keluarga angkat bersama komuniti kampung
di Ranau Sabah.
-Beramah-mesra dengan keluarga dan komuniti
kampung.
Malam
-Program pengisian minda/ceramah agama.
|
23/11/2012
-Rabu
|
Pagi
-Bengkel Pre-UPSR dan program khidmat sosial di SK Ranau.
Petang
-Lawatan ke Pusat Sumber Cemerlang Peringkat
kebangsaan 2009 di SK Kilimu.
Malam
-Program malam kesenian.
-Bbq bersama keluarga angkat.
|
24/11/2012
-Khamis
|
Pagi
-Majlis penutup program anak angkat.
Tengahari
-Lawatan ke Panorama Ranau Danau dan Gunung
Semiung.
-Aktiviti bebas di Kota Kinabalu.
|
25/11/2012
-Jumaat
|
-Pulang ke KLIA
|
9.
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
1: En Kamaruddin Bin Othman
Penasihat
2: Pn Hamsanah Bt Hussain
Ajk pelaksana
Pengarah program : Norzuraina Bt Mohd Nor
Pen. pengarah :Salehhudin B. Jahi
Setiausaha : Nurul Aishah
Bendahari : Aishah Mauri Bt Abdullah
Ajk
|
Nama
|
Tugas
|
Peralatan/Aktiviti
|
Mohd Fauzan B Che Hasim
|
-Menyediakan peralatan yang diperlukan
daripada semua ajk yang terlibat.
-Menyelaras aktiviti yang dijalankan.
|
Promosi
|
Mohd Faridz Mohamadan
|
-Menyediakan promosi berkaitan program yang
dijalankan.
-Banner/bendera
|
Dokumentasi
|
Ashraf Bin Azmi
|
-Menyediakan gambar dan dokumentasi sepanjang
perjalanan program.
|
Bacaan doa/ ceramah
|
Mohd Faiza B. Mohd Arifin
|
-Membaca doa
|
Penginapan/pengangkutan
|
Hasmadi Bin Jahed
|
-Menyediakan penginapan dan pengangkutan
sepanjang ekspedisi kontigen.
|
Penajaan
|
En.
Mohd Hisyam Harun
|
-Mencari penaja untuk ekspedisi yang
dijalankan.
|
Makanan
|
Hasnizatulazam
|
-Menyediakan makanan untuk kontigen.
-Malam BBQ
|
Keselamatan/kebajikan
|
Mohd Hairi Bin Said
|
-Memastikan keselamatan/kebajikan kontigen.
|
Buku program
|
Aishah Mauri
|
Menyediakan buku program.
|
Cenderahati
|
Hazuria Bt Akhbar Khan
|
-Menyediakan cenderahati yang diperlukan.
|
10
PENYELARAS PROGRAM DAN BIDANG TUGAS
·
Ekspedisi
pendakian:Salehuddin Bin Jahi
Memastikan latihan untuk
pendakian dilakukan.
Memastikan perjalanan dalam pendakian
selamat.
Hari pertama hingga ke-3 di
bawah bidang kuasa.
·
Program bengkel Pre-UPSR:
Hairi Bin Said
Menyediakan persiapan untuk
program Pre UPSR
Menyediakan aktiviti yang
bersesuaian.
Menyediakan kertas kerja
aktiviti untuk pengesahan.
·
Program keluarga
angkat:Asyraf Bin Azmi
Membahagikan kontigen kepada
keluarga angkat.
Menyediakan persediaan
kewangan dan cenderahati kepada keluarga angkat dengan kerjasama ajk sedia
ada.
·
Program ceramah :Mohd faiza
Menguruskan tentang
pengisian minda untuk penduduk kampung.
·
Program Malam
kesenian:Hasmadi Bin Jahed
Memastikan program berjalan
lancar.Terdapat persembahan dari penduduk dan juga kontigen.
Memastikan acara BBQ
berjalan lancar dengan bantuan ajk sedia ada.
·
Program gotong-royong:Mohd
Hisyam B. Harun
Memastikan program
gotong-royong dijalankan .
Menyenaraikan aktiviti yang
akan dijalankan.
Terdapat aktiviti melukis
mural bagi tujuan kenangan.
11 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Perbelanjaan
|
Harga(RM)
|
Kuantiti
|
Jumlah(RM)
|
1
|
Tiket pergi dan balik
|
500.00
|
20 orang
|
10000.00
|
2
|
Kos hari 1-3(pendakian)
|
400.00
|
20 orang
|
8000.00
|
3
|
Pengangkutan
|
300.00
|
5 trip
|
1500.00
|
4
|
Penginapan
|
200.00
|
5 unit
|
1000.00
|
5
|
Makanan
|
60.00
|
20 orang
|
1200.00
|
6
|
Promosi
|
100.00
|
1 unit
|
100.00
|
7
|
Cenderahati
|
300.00
|
1 unit
|
300.00
|
8
|
Malam BBQ
|
10.00
|
60 orang
|
600.00
|
9
|
Bayaran saguhati
|
60.00
|
20 unit
|
1200.00
|
8
|
T-shirt
|
20.00
|
20 helai
|
400.00
|
|
|
|
|
25500.00
|
Disediakan
oleh,
Disahkan oleh,
……………………................ ………………….....................
Norzuraina
Bte Mohd
Nor En
Kamaruddin Bin Othman
_________________________________________________________________________
|
No comments:
Post a Comment