Tuesday 24 January 2012

KERTAS KERJA KHIDMAT SISWA


                                             

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR



KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT SISWA
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG




PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN




1. PENGENALAN

1.1 Program Khidmat Siswa ini adalah salah satu daripada tugasan yang terkandung dalam pro-forma bagi guru pelatih kurikulum pengkhususan Major Pendidikan Khas, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) Semester enam Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Tugasan ini terkandung dalam kursus PKU 3112 Program Pemulihan Dalam Komuniti yang membawa kepada 70% markah. Guru-guru pelatih yang terlibat dalam program ini adalah seramai 8 orang terdiri daripada kelas Pendidikan Khas major masalah pembelajaran. Program yang berjalan selama seminggu ini memerlukan guru-guru pelatih menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan warga OKU dan komuniti di PDK Selayang. Antara program-program yang dijalankan semasa berada di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini ialah program gotong-royong, jamuan Hari Raya Aidilfitri, terapi muzik dan pergerakan, kejohanan futsal, kejohanan boling dan ceramah motivasi.


2. LATAR BELAKANG

2.1 Pusat Pemulihan PDK Selayang

  • Tarikh penubuhan  : 1 September 1991
  • Fungsi                       : Memberi pemulihan dan pembelajaran yang
  sesuai untuk golongan orang kurang upaya.
  • Pendekatan              :           i)   Program berpusat
ii)  Program di rumah
iii) Program di pusat dan rumah
  • Lokasi                                    : No. 7078, Jalan 12,Taman Selayang Baru,
  Batu Caves, Selangor
  • No Telefon                : 03-6137 3467

3. TUJUAN

3.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pihak PDK Selayang untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan program yang akan dianjurkan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) di PDK Selayang, Batu Caves, Selangor.

4. OBJEKTIF

4.1  Memberi peluang kepada guru pelatih untuk berjumpa dan berinteraksi dengan kumpulan sasaran iaitu orang kurang upaya yang tinggal di rumah mereka.
4.2  Membolehkan guru pelatih mendalami dan menjiwai masalah yang dihadapi oleh OKU peringkat komuniti.
4.3  Memupuk sifat penyayang dalam kalangan guru pelatih kepada golongan yang kurang bernasib baik.
4.4  Memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam mengendalikan program atau aktiviti yang melibatkan komuniti.

5. MATLAMAT

5.1  Mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat dengan OKU yamg mendapat khidmat di PDK.
5.2  Memberikan pendedahan tentang kaedah sebenar dalam Pusat Dalam Komuniti kepada masyarakat
5.3  Menyedarkan ahli masyarakat tentang tanggungjawab social mereka kepada OKU dalam komuniti masing-masing.
5.4  Menyediakan perkhidmatan yang profesional kepada golongan yang memerlukan
5.5  Mengubah mentaliti masyarakat setempat terhadap PDK.

6. ASAS PERTIMBANGAN

6.1 Program kemasyarakatan ini merupakan keperluan kurikulum Pemulihan PKU 3112 dalam komuniti untuk guru pelatih pengkhususan Pendidikan Khas
6.2  Di antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut :
  • Memberi pendedahan kepada pelajar PISMP dengan Pusat Dalam Komuniti
  • Melatih pelajar dalam pengurusan program kemasyarakatan
  • Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar PISMP

7. TENTATIF PROGRAM

7.1 Aktiviti gotong-royong dijalankan dua hari iaitu mengecat pagar PDK serta
      mengemas bahagian dalam PDK
7.2 Program terapi juga dijalankan seperti terapi muzik dan pergerakan serta
      terapi boling.
7.3 Bagi melancarkan program yang telah dirancang setiap AJK yang dilantik
      memainkan peranan masing-masing.
7.4 Berikut adalah tentatif program yang telah dicadangkan :



Masa
Agenda
Catatan
3/10/2010
( Ahad )
  • Sesi perkenalan
  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri
8.00 – 1.00 tengahari

4/10/2010
( Isnin )
  • Melawat kelas PDK
8.00 – 12.00 tengahari
  • Gotong-royong
2.00 – 5.00 petang

5/10/2010
( Selasa )
Gotong-royong
  • Mengemas bahagian dalam PDK
8.00 – 12.00 tengahari
  • Lawatan ke rumah OKU
2.00 – 3.00 petang
  • Mengecat pagar dinding sekeliling PDK
3.00 – 5.00 petang

6/10/2010
( Rabu )
Sehari Bersama OKU
  • Terapi muzik dan pergerakan
8.00 – 12.00 tengahari
  • Ujian diagnostik
  • Mengumpul maklumat PDK
      2.00 – 5.00 petang

7/10/2010
( Khamis )
Program Sihat Bersama OKU
  • Senamrobik
  • Pertandingan futsal
8.00 – 12.00 tengahari
  • Terapi boling
2.00 – 5.00 petang

8/10/2010
( Jumaat )
Majlis Lambaian Kasih
  • Tayangan multimedia oleh pelajar PISMP
  • Penyampaian cenderahati kepada penyelia PDK
  • Jamuan
8.00 – 12.00 tengahari

9/10/2010
( Sabtu )
  • Lawatan ke rumah OKU
  • Majlis perpisahan
8.00 – 1.00 tengahari

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Setiap pelajar PISMP dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih sumber kewangan.
8.2  Sumber kewangan juga diperoleh melalui menjual barang-barang terpakai seperti surat khabar lama, tin minuman dan sebagainya.
8.3  Anggaran perbelanjaan boleh dilihat di dalam kertas kerja program.

9. KESIMPULAN / SYOR

9.1 Pihak pentadbiran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan program kemasyarakatan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dianjurkan oleh pelajar PISMP.

Disediakan oleh :                                                                 Disokong oleh :

........................................                                                        ...........................................
(MOHD SYUKRI ISHAK)                                                    (PN SHARIZA SAID)
Setiausaha,                                                                          Pensyarah pembimbing,
Program Khidmat Siswa,                                                    Program Khidmat Siswa,
PDK Selayang,                                                                    Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Bahasa Melayu.                                           IPG-KBM.

Disahkan oleh :

.......................................
(PN NORAINI OTHMAN)
Penyelia,
PDK Selayang,
Selangor.

No comments:

Post a Comment