KERTAS KERJA
HARI ANUGERAH KUALITI 2010 & JAMUAN AKHIR TAHUN
SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)
_______________________________________________________
PENDAHULUAN
Setiap tahun, Hari Anugerah Kualiti akan
mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda
ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya
bertujuan menyemarakkan semangat dan menghargai jasa guru-guru.
Komitmen dan semangat kerjasama yang
tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan
seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai
kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
RASIONAL
Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah :
1. Menaikkan dan menyemarakkan
semangat guru-guru.
2. Merapatkan hubungan
siratulrahim antara guru-guru dengan
pihak pentadbiran.
MATLAMAT
Matlamat Hari Anugerah
Kualiti adalah untuk memberi penghargaan
yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas
tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas
usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa,
dan negara Malaysia.
OBJEKTIF
Diharapkan Hari Anugerah Kualiti ini dapat :-
- Memupuk semangat kekeluargaan antara guru –guru dengan kakitangan.
- Menanamkan rasa cinta guru-guru terhadap sekolah.
3. Memupuk
nilai menghargai jasa.
KUMPULAN SASARAN
1.Guru-guru SK Pusat Bandar Puchong (2)
2. Kakitangan
3.AJK PIBG
4.Komuniti
Seramai 70 orang
CADANGAN AKTIVITI
1. Pernyampai anugerah hari
kualiti
2. Persembahan
3. Cabutan bertuah
4. Jamuan makan
TARIKH CADANGAN AKTIVITI
Hari Anugerah Kualiti 2010
Tarikh : 20 November 2010
Masa : 2.00 ptg-4.30 ptg
Tempat :
TENTATIF PROGRAM
TARIKH: 20 November 2010
HARI: Sabtu
TEMPAT: Puri Pujangga, Bangi
ATURCARA MAJLIS
HARI ANUGERAH KUALITI 2010
SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)
1.45 ptg : Kedatangan guru dan VIP
02.00 ptg : Guru mengambil tempat di dewan
02.05 ptg : Majlis bermula
: Bacaan doa
: Ucapan Pengerusi
: Ucapan Guru besar
02.45 ptg : Makan
03.30 ptg : Penyampaian anugerah hari kualiti
: Persembahan
: Cabutan
bertuah
04.30 ptg : Majlis bersurai
SUMBER KEWANGAN
1. Tajaan SKPBP2
2. Kutipan dari semua kakitangan
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
BULAN KEMERDEKAAN 2010
Bil
|
Perkara
|
Kuantiti
|
Harga
|
Jumlah
Harga
|
1
|
Makanan
Jurukamera
Hadiah cabutan bertuah
Lain-lain
|
70
1
10
-
|
40.00
300.00
40.00
200.00
|
2800.00
300.00
400.00
200.00
|
JUMLAH
|
3700.00
|
Disediakan oleh, Disemak
dan diluluskan oleh,
......................................................... ..........................................
( Pn Anita
) (
Pn. Hasnah Bt. Mutalib )
Setiausaha KKGK Guru Besar
SK Pusat Bandar Puchong (2) SK
Pusat Bandar Puchong (2)
Disemak oleh,
.........................................................
( Pn Norzuraina Bte Mohd Nor)
Ketua KKGK
SK Pusat Bandar Puchong (2)
SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG (2)
JALAN PERSIARAN INDERA, PUSAT BANDAR
PUCHONG ,
47160 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.
KERTAS KERJA
HARI ANUGERAH KUALITI 2010
&
JAMUAN AKHIR TAHUN
SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)
Tarikh : 13 November 2010
Masa : 2.00 ptg-4.30 ptg
Tempat :
No comments:
Post a Comment