Tuesday, 24 January 2012

KATA-KATA HIKMAT

Kata-kata hikmat untuk di kongsi bersama
 

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -

2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -

3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –

4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuranhidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –

5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaandan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -

6. You will be judged on the basis of what you are,not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –

7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –

8. Kebebasan bererti tanggungjawab,tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.– Tun Abdul Razak Hussin –

9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.– Bukhari dan Muslim –

10. Force works on servile nature, not the free.– Ben Johnson –

11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –

12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.–Tun Abdul Razak Hussin –

13. One can pass on the responsibility but not the discretion that goes with it.– B. Cellin –

14. Berpadu ialah satu permulaan, terus berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu ialah kejayaan. – Henry Ford –

15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,melainkan balasan yang baik juga.

16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.– Lukman Hakim –

No comments:

Post a Comment