Puisi ini ialah puisi kanak-kanak pertama yang saya hasilkan.Ia berkisarkan murid tahun satu yang baru memulakan persekolahan.
TRANSISI OH TRANSISI
Transisi?
Cikgu cakap transisi tu suaikenal
Suaikenal itu apa?
Masa untuk kenal guru
Masa untuk kenal kawan
Masa untuk kenal sekolah
Transisi?
Cikgu Tanya , apa yang saya rasa?
Saya gembira ada kawan baru
Saya seronok ada guru mengajar
Tak sabar menunggu hari esok
No comments:
Post a Comment