Monday 24 December 2012

KERTAS KERJA HARI KUALITI GURU


 







SEKOLAH PUSAT BANDAR PUCHONG 1,
JLN WAWASAN 2, PUSAT BDR PUCHONG,
47160 PUCHONG, SELANGOR.

________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
MAJLIS JAMUAN ULANGTAHUN SEMPENA
10 TAHUN SKPBP1
&
HARI KUALITI
GURU DAN KAKITANGAN 2012

Anjuran 
 KKGK

_________________________________________________________________________________

TARIKH:27 DISEMBER 2012
HARI:KHAMIS

TEMA:FLORA


PENDAHULUAN

            Sempena pembukaan 10 tahun sekolah pelbagai aktiviti telah di rangka oleh pihak sekolah antaranya majlis jamuan untuk guru dan juga hari anugerah kualiti 2012.Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi menyambut aktiviti ulangtahun ke-10 sekolah ini.Hari Anugerah Kualiti ialah di mana hari guru-guru kan diberi pengiktirafan atas tugas-tugas  yang telah digalas oleh guru dan kakitangan sepanjang tahun. Hari anugerah kualiti guru dan kakitangan ini akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan  motivasi,semangat dan menghargai jasa guru-guru  dan kakitangan di dalam lapangan pendidikan ini.
            Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

RASIONAL

Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti dan  ini ialah :
1.         Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru dan kakitangan  dalam menjalankan tugas di mana yang semakin lama semakin membebankan.
 2.        Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan  pihak pentadbiran.
3.         Menaikkan prestasi guru bagi  terus menggalas tugasan yang diamanahkan oleh kementerian.





MATLAMAT

            Matlamat Hari Anugerah Kualiti  adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang guru di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi meningkatkan  kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan sekolah khususnya.

OBJEKTIF

Diharapkan Hari Anugerah Kualiti ini dapat :-
1.      Memupuk nilai menghargai jasa antara pihak atasan dan bawahan.
  1. Menanamkan rasa cinta guru-guru terhadap kerjaya bagi meningkatkan prestasi kerja dan motivasi .
  2. Memupuk semangat kekeluargaan antara guru –guru dengan kakitangan di mana tidak wujud jurang pentadbiran yang akan membuatkan ketidakseronokan bekerja selagi tidak melanggar etika prefosionalisme.

KUMPULAN SASARAN

1.Guru-guru  SK Pusat Bandar Puchong (1)
2. Kakitangan
3.AJK PIBG

Seramai 60 orang                                                





CADANGAN AKTIVITI

1.         Pernyampai anugerah hari kualiti                                                    
2.         Persembahan                                     
3.         Cabutan bertuah        
4.         Jamuan makan

CADANGAN  KATEGORI ANUGERAH KUALITI         


1.      Anugerah Guru tanpa sempadan
2.      Anugerah Khas
3.      Anugerah Guru dedikasi
4.      Anugerah Guru kedatangan terbaik
5.      Anugerah Buku rekod terbaik (guru)
6.      Anugerah Buku rekod terbaik(Staff)
7.      Anugerah Buku kedatangan murid terbaik
8.      Anugerah Bilik Khas terbaik
9.      Anugerah Guru Kreatif
10.  Anugerah Guru Inovasi
11.  Anugerah Guru berketerampilan (L)
12.  Anugerah Guru kelas terbaik
13.  Anugerah Guru  palingmenepati masa(P)
14.  Anugerah Peningkatan prestasi(L)
15.  Anugerah Peningkatan prestasi(P)
16.  Anugerah Guru prestasi terbaik(L)
17.  Anugerah meja guru terbersih
18.  Anugerah Guru prestasi terbaik(P)

                       

TARIKH  CADANGAN AKTIVITI

Tarikh              :   28 Disember 2012
Masa               :   2.30 ptg-5.30 ptg
Tempat            :   Holiday Inn Shah Alam

TEMA:FLORA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT 1                     :EN. KAMARUDDIN BIN OTHMAN
PENASIHAT 2                     :PN ZURAINI BT ABDUL RAHMAN
_____________________________________________________________________________________
PENGARAH PROGRAM  :NORZURAINA BT MOHD NOR  
PEN PENGARAH                               :HAIRI BIN  SAID
SETIAUSAHA 1                   :HAZURIA BT AKBAR KHAN
BENDAHARI                        :AISYAH MAUREE BT ABDULLAH

AJK KECIL                            

: NIK AFIFAH BT NIK AZIZ
:FARIDZ MOHAMADAN
:AJIBAH BT CHEK
:TEH SEW NGOR
: ZALINA BT ADNAN
:RABAESAH
: MOHD ASYRAF BIN AZMI


AJK PELAKSANA

Ajk
Nama
Tugas
Dokumentasi
Hazuria Bt Akhbar Khan
Mohd Ashraf Bin Azmi
-Menyediakan dokumentasi lengkap
Buku Program         
Rogayah Bt Dollah
Hanaliza Hassan
-Menyediakan buku program
Hadiah
Teh Siew Ngor
Ajibah bt Chek
-Menyediakan hadiah untuk pemenang anugerah.
Sijil
Nik Afifah Nik Aziz
Wee Gim May
-Menyediakan sijil untuk pemenang anugerah.
Tayangan
Noor Asilah Bt Mat yusoff
Flora Crispina
Hairi Bin Said
-Menyediakan tayangan aktiviti yang dijalankan oleh guru dan pihak sekolah sepanjang tahun.
Persembahan
Suhana Bt Ismail
Noor Fathiyah
-Menyediakan persembahan  guru.
Penajaan
Hasmadi Jahed
Rabaesah
-Mencari penaja .
Juruacara                 

Akmalul Husna
Norhayati Kassim
-Menjadi Mc.
Bacaan doa 
Mohd Faiza
-Membaca doa untuk majlis.
Siaraya
Wan Mohd Faridz
Shamsul Bahari
-Menyediakan berkaitan muzik , sistem bunyi atau tayangan.
Sambutan dan pendaftaran
Norain Bt Mat
Zainatun Akmar
Juleyana
Hasnizatul Azam
-Menyambut kedatangan tetamu dan meja pendaftaran
Anugerah Kualiti
Pentadbir
-Mencalonkan dan memilih guru yang layak untuk anugerah kualiti guru dan kakitangan.
Urusetia
Mohd Asyraf B Azmi
Norzuraina Bt Mohd Nor

-Memastikan kelancaran majlis


TENTATIF PROGRAM

02.15 ptg         :           Kedatangan guru dan VIP
02.30 ptg         :           Guru  mengambil tempat di dewan
02.35 ptg         :           Majlis bermula
                        :           Bacaan doa
                        :           Ucapan Pengerusi
                        :           Ucapan Guru besar                            
03.05 ptg         :           Makan
03.40 ptg         :           Penyampaian anugerah hari kualiti
                        :           Persembahan
                        :           Cabutan bertuah                                            
05.30 ptg         :           Majlis bersurai


ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Kuantiti

Harga
Jumlah
Harga

1
2
3

Makanan
Hadiah cabutan bertuah
Hadiah kualiti


60
10
20

40.00
10.00
15.00

2400.00
100.00
300.00
JUMLAH
2800.00   



Disediakan oleh,                                                                     Disemak dan diluluskan oleh,


.........................................................                                       ..........................................
( Norzuraina Bte Mohd Nor    )                                               ( En Kamaruddin B. Othman )
Pengerusi KKGK                                                                       Guru Besar
SK Pusat Bandar Puchong (1)                                                  SK Pusat Bandar Puchong (1)













No comments:

Post a Comment