Monday 24 December 2012

KERTAS KERJA PROGRAM KITAR SEMULA



 





KERTAS KERJA
PROGRAM KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH SKPBP(1)
 2012



PANITIA KAJIAN TEMPATAN BERSAMA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TARIKH:
TEMPAT: SKPBP(1)
23 APRIL 2012-4 MAY 2012
1.0   PENDAHULUAN

Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan SKPBP(1) berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad.Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia kedalam sumber air bawaht anah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.Prosesmengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai permulaan,pihak sekolah bercadang untuk mengehadkan pengumpulan terhadap kertasputih, kertas berwarna, sura tkhabar dan kadbod sahaja memandangkan bahan-bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah dan persekitaran sekeliling.


2.0 Objektif 
2.1 Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
2.2 Memupuk semangat cintaakan alam sekitar dalam diri pelajar.
2.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan  sekolah.


3.0 Matlamat
3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos,tenaga dan menjimatkan sumber kita.




4.0 Sasaran
SeluruhwargaSKPBP(1)

5.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH:           23 APRIL 2012- 4 MAY 2012
TEMPAT:         SKPBP(1)

Pelancaran Program KitarSemula
23 APRIL 2012
TapakPerhimpunan
Persembahan dan perasmian oleh Guru Besar.

Pertandinganmengumpulbahankitarsemula.
Pemenang pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat bahan yang dikumpulkan.Pertandingan akan dijalankan sekali dalam tempoh 2 minggu.Pengumpulan akan dijalankan sekali bagi setiaptempoh 2 minggu danbahan-bahan tersebut akan dikumpulkan di dalamkelas. Pengurusanpengumpulanbahan-bahan ini akan dibantu oleh guru kelas masing-masing.

                                           

6.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT 1                           :EN. KAMARUDDIN BIN OTHMAN(Guru Besar)
PENASIHAT 2                           :PN HAMSANAH HUSSAIN(PK. Kurikulum)
__________________________________________________________________
PENGARAH PROGRAM           : MOHD ASHRAF BIN AZMI
PEN PENGARAH                      : NORZURAINA BT MOHD NOR
AJK KECIL                                 :SEMUA GURU YANG MENGAJAR SIVIK DAN       KEWARGANEGARAAN DAN KAJIAN TEMPATAN

7.0      AJK PELAKSANA         

Ajk
Nama
Tugas
Peralatan/Aktiviti
Mohd Ashraf Bin Azmi
           
                                   
-Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti timbang dan tong kitar semula.
.
Hadiah
Norzuraina Bte Mohd Nor
-Menyediakan hadiah untuk pemenang
Dokumentasi              

Ashraf Bin Azmi
-Menyediakan gambar dan dokumentasi sepanjang perjalanan program.

8.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perbelanjaan
Harga(RM)
Kuantiti
Jumlah(RM)
1










2
Hadiah
(Hamper untuk 30 orang)
Tahap 1
Tempatpertama
Tempatkedua
Tempatketiga
Tahap 2
Tempatpertama
Tempatkedua
Tempatketiga

Anugerah khas-
Susunan terkemas



50.00
40.00
30.00

50.00
40.00
30.00

30.00





1 unit
1 unit
1 unit

1 unit
1 unit
1 unit

1 unit




50.00
40.00
30.00

50.00
40.00
30.00

30.00
2
Banner
80.00
1 unit
80.00
3
Kos tong kitarsemula
20.00
3 unit
60.00
Jumlah
410.00








8.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SKPBP(1) terutama guru dan pelajar.Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri seiapip warga.sekolah,menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif danseterusnya mengurangkan masalah pencemaran yang semakin membimbangkan kini.Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan semua pihak.


Disediakan oleh,                                                         Disahkan oleh,

.........................................................                           .........................................................
(Norzuraina Bte Mohd Nor     )                                   ( En Kamarudin Bin Othman )
Guru Kajian Tempatan                                                Guru Besar
SK Pusat Bandar Puchong (1)                                    SK Pusat Bandar Puchong (1)


Disemak oleh,
.........................................................                                      
(En. Mohd Ashraf Bin Azmi)                                      
Ketua Panitia KT dan SVK                                           
SK Pusat Bandar Puchong (1)  

No comments:

Post a Comment